Bandingkan Kolej - Kolej Kejururawatan Terbaik Di Malaysia dari Segi Biasiswa Ditawarkan, Yuran Pengajian, Yuran Hostel, Pengiktirafan Dan Peluang Pekerjaan KPJ, Ramsay Sime Darby, Mahsa University, Kolej Murni, Kolej Assunta, PIKOM, City University, Sunway University, IMC, CUCMS dan DSH

Yuran Pengajian Dan Biasiswa Ditawarkan

Setiap Institusi mempunyai yuran pengajian yang berbeza dan menawarkan biasiswa dengan kerjasama hospital – hospital kerajaan dan swasta. Selalunya institusi akan mengadakan temuduga sebagai proses pemilihan.

MQA dan Pengiktirafan Lembaga Jururawat Malaysia

Kolej yang diplilih mesti mempunyai pengiktirafan penuh dari MQA dan daripada Lembaga Jururawat Malaysia untuk memudahkan proses penyerapan ke alam pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan.

Hostel dan Duit Sara Diri

Beberapa kolej menawarkan penginapan percuma dan dapatkan maklumat tentang peruntukan sara diri jika ada.

Pelajar – pelajar juga harus mendapat maklumat tentang bantuan Kewangan Baitulmal, Zakat Negeri atau Yayasan untuk meringankan beban kewangan.

Penting : Setiap pelajar harus mengikut urutan pemilihan kursus yang akan diikuti kerana keputusan yang akan di ambil menentukan masa hadapan dan hala tuju kehidupan individu tersebut. Urutannya adalah seperti di bawah:

  1. Minat – Pelajar mesti mengetahui kecenderungan atau personaliti untuk menentukan minat bidang masing – masing.
  2. Keputusan SPM / STPM – Kriteria ini adalah penentu kursus – kursus yang layak untuk dipohon kerana setiap kursus mempunyai syarat masing – masing.
  3. MQA – Pelajar harus memastikan institusi yang dipilih mempunyai kelayakan penuh untuk memastikan pelajar dapat menyambung pendidikan ke arah yang lebih tinggi dan sijil yang diterima boleh digunakan untuk memohon kerja di sektor kerajaan dan swasta.
  4. Yuran pengajian – Masalah kewangan adalah faktor utama lebih kurang 60% pelajar – pelajar memilih sesebuah institusi tetapi kebanyakan kolej di Malaysia tidak mengenakan bayaran lebih daripada peruntukan PTPTN.
  5. Lokasi dan Hostel – Dua faktor in juga penting kerana yuran penginapan mampu membebankan pelajar – pelajar dan selalunya ia akan berlaku di bandar – bandar besar atau kotaraya. Adalah sangat penting untuk mengetahui harga sewa bulanan dan keadaan konduksi hostel tersebut.

Keputusan yang baik akan membolehkan pelajar mendapat pendidikan yang diminati, berkualiti dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

FAKTA TENTANG KEJURURAWAATAN

Bandingkan Kolej-kolej Kejururawatan

Peningkatan Permintaan

Jumlah penduduk Malaysia semakin meningkat pada kadar yang stabil. Dengan itu terdapat juga peningkatan pada permintaan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan. Selain itu, masyarakat awam menjangkakan peningkatan bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik semakin bertambah. Ini menyebabkan permintaan yang lebih besar untuk doktor dan jururawat yang berkelayakan, sama ada lulusan ijazah atau diploma. Kejururawatan memberi tumpuan kepada menjaga yang sakit, terutama jika tiada doktor. Tetapi doktor mempunyai ramai pesakit untuk dirawat dan tidak berada dalam kedudukan untuk menjaga pesakit tertentu. Ini bermakna bahawa keprihatinan adalah asas tanggungjawab jururawat. Jika anda seorang yang prihatin orang yang berminat untuk merawat pesakit dan membantu mereka untuk kembali sihat, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menjadi seorang jururawat.

Permintaan Pekerjaan Tinggi

Kursus kejururawatan hari ini melahirkan jururawat-jururawat profesional yang penyayang, berdisiplin, bermotivasi dan dapat berfikir secara kritis. Kedua-dua program latihan diploma kejururawatan dan ijazah kejururawatan mengajar anda untuk menggunakan minda, emosi, dan anggota badan untuk menjaga pesakit. Permintaan terhadap jururawat adalah sangat tinggi, dengan sasaran 130,000 jururawat lebih berkelayakan pada tahun 2020. Ini akan membolehkan Malaysia mempunyai nisbah 1: 200 dan memenuhi kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Masa Depan Cerah

Permintaan yang tinggi bermakna jururawat boleh mengharapkan banyak peluang kenaikan pangkat dan gaji yang lebih tinggi. Masa depan yang cerah untuk jururawat dan mereka dalam industri penjagaan kesihatan. Ia juga adalah satu pekerjaan yang mulia yang sangat memuaskan hati dapat melihat pesakit anda kembali sihat di bawah jagaan anda. Oleh itu, ambil lah langkah pertama sekarang untuk menjadi seorang jururawat yang berkelayakan. Jika anda mempunyai 3 kredit dalam SPM, dengan kredit dalam Bahasa Malaysia, Sains dan satu mata pelajaran lain, sebaik-baiknya Matematik atau Bahasa Inggeris, anda telah memenuhi kelayakan minimum bagi kursus diploma kejururawatan. Semak prasyarat Ijazah dalam Kejururawatan.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )