Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Bekerja sebagai Pembantu Makmal Perubatan bagi makmal atau pusat penjagaan kesihatan. Juruteknologi Makmal Perubatan tidak berinteraksi secara langsung dengan pesakit, tetapi 70-80% daripada semua keputusan perubatan adalah berdasarkan ujian makmal pesakit.

Gambaran Keseluruhan

Graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan akan menjadi seorang juruteknologi makmal perubatan. Mereka adalah satu kerjaya yang tugasnya dilakukan di makmal-makmal ujikaji dan di makmal perubatan di hospital atau klinik. Makmal-maklmal ini lengkap dengan teknologi ujikaji, dan mesin-mesin untuk keperluan menganalisa sesuatu spesimen yang diberikan. Lazimnya, juruteknologi makmal perubatan tidak berhubung secara langsung dengan pesakit. Tugas mereka berkisar mengenai ujian dan analisis sampel yang dipungut oleh kakitangan perubatan yang lain (doktor, jururawat, pembantu perubatan dan sebagainya). Antara sampel yang dianalisis oleh juruteknologi makmal perubatan ialah darah, air kencing, najis, air mani, kahak, cecair badan, tisu organ, swab dari tisu, vagina, mata, luka dan lain-lain. Setelah menerima spesimen pesakit, analisis dilakukan di makmal, dan juruteknologi makmal perubatan juga bertanggungjawab untuk menafsirkan dan melaporkan hasilnya. Laporan tersebuat dikeluarkan untuk rujukan doktor dan akan mempengaruhi keputusan doktor dalam menentukan diagnosis, rawatan dan pencegahan kepada pesakit. Terdapat tujuh disiplin ilmu dalam bidang teknologi makmal perubatan iaitu imunohematologi, hematologi, parasitologi, mikrobiologi, patologi, histopatologi dan sitologi.

Blood bank (imunohematologi) adalah ujikaji berkaitan darah dan imunisasi. Contohnya menentukan kumpulan darah (ABO grouping) & ujian keserasian darah (cross matching). Hematologi pula berkaitan ujikaji sel darah merah / putih dalam darah dan bone marrow (air tulang belalakang). Ujikaji hematologi selalunya berkaitan leukemia,  thalasemia, anemia dan kekurangan ferum dalam darah. Parasitologi adalah ujian parasit seperti malaria, protozoa entamoeba coli, histolatica coli, balantidium coli, trichomonas vaginalis, mikrofilaria wuchereria bancrofti, brugia malayi, nematod usus, ascaris lumbricoides (decorticated /corticated; unfertilize / fertilize), trichuris trichiura, enterobius vermicularis, strongiloides stercuralis larva rabditiform / filariform bagi spesimen najis dan lain-lain.

Mikrobiologi  pula adalah mengenai bakteria dan identifikasi bakteria atau seperti klebsiella, escherichia coli, proteus, streptococcus pneumoniae, pyogene, agalactiae, sthapylococcus aureus,epidermides, saprophyticus bagi spesimen sputum, urin (air kencing), tisu, pus, darah, vagina swab dan lain-lain. Patologi kimia adalah ujikaji paras glukosa, bilirubin, protein dalam darah atau air kencing, ujian fungsi hati, profil lipid, profil renal, ujian fungsi tiroid, ujian mikroskopi pehuh air kencing (ufeme) dan ujian penyaringan atau pengesahan dadah. Patologi anatomi (histopatologi)  pula adalah ujikaji tisu yang disyaki kanser seperti vagina, servik, uterus, buah dada, usus, paru-paru dan lain-lain. Yang terakhir adalah sitologi iaitu ujikaji sel-sel kanser seperti pap smear dan lain-lain. Kesemua ini akan diajar dalam diploma teknologi makmal perubatan.

Persediaan

Dengan bermacam-macam ujian dalam pelbagai displin, pekerjaan sebagai juruteknologi makmal perubatan dilihat seolah-olah sebagai suatu pekerjaan yang sukar. Namun, bukan semua ujian atau analisis yang disebutkan perlu dilakukan setiap hari. Untuk makluman, kerjanya tidak sesukar mana namun sangat berisiko. Hal ini kerana juruteknologi makmal perubatan bertanggungjawab dalam ketepatan hasil ujian makmal. Jika tersilap melabel, tersilap spesimen atau tersilap buat ujikaji dan pelbagai kesilapan lain akan mempengaruhi diagnosis doktor dalam menetukan penyakit dan rawatan yang sesuai. Ketelitian dalam mengendalikan radas, kit atau mesin dan sentiasa berwaspada dalam pekerjaan adalah sangat diperlukan. Tambahan pula, dengan mengendalikan spesimen tertentu yang tidak menjadi kebiasaan kepada deria akan menjadikan individu tersebut tidak selesa. Sebagai contoh, terdapat individu yang akan pening dan muntah-muntah sekiranya melihat darah. Bau air kencing, kahak, dan spesimen yang busuk perlu dibiasakan. Malah bukan sahaja bau, sampel seperti najis juga perlu dikendalikan.

Jika memilih untuk mengikuti pengajian diploma teknologi makmal perubatan, latihan dan tempoh pembelajaran secara purata dalah selama tiga tahun. Terdapat teori dan praktikal juga amalan klinikal di hospital. Terdapat pelbagai institusi pengajian yang menawarkan diploma teknologi makmal perubatan dan kriteria untuk memasuki pengajian ini juga berbeza. Dari segi kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon harus lulus Bahasa Malaysia dan keutamaan diberikan kepada calon yang mendapay kepujian dalam Bahsa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains atau Sains Tulen, dan Matematik. Calon juga perlu memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami sebarang kecacatan yang mengahalang kerja-kerja makmal.

Peluang Pekerjaan

Setelah memiliki diploma teknologi makmal perubatan, kerjaya sebagai juruteknologi makmal perubatan boleh dijawat di hospital kerajaan dan swasta, makmal vaterina, makmal farmasautikal, institusi penyelidikan, makmal forensik, makmal patalogi dan sebagainya. Ataupun, sekiranya berminat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, bidang yang boleh dipilih adalah meliputi Biomedikal, Fisiologi dan Farmakologi di universiti tempatan atau luar negara.

Kesimpulan

Memiliki diploma teknologi makmal perubatan adalah pilihan tepat sekiranya berminat untuk menjadi sebagai juruteknologi makmal perubatan. Minat untuk bekerja di makmal adalah suatu bonus kerana bidang ini tertumpu kepada ujikaji dan analisis sampel di hospital. Kepentingan pekerjaan ini tidak boleh diragui kerana setiap penyakit dan rawatan yang dicadangkan doktor dating dari hasil analisis dan laporan juruteknologi makmal perubatan.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )