Kolej Universiti Lincoln

Gambaran Keseluruhan

Kolej Universiti Lincoln merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kedua-dua pengasas dan pentadbir Kolej Universiti Lincoln merupakan para akademik; kini mereka telah menghampiri 50 tahun dalam menyediakan pengalaman pengajian tinggi dan pengajian selepas menengah.

Latar belakang mereka termasuk pengajaran, penyelidikan dan latihan profesional. Fokus Kolej Universiti Lincoln adalah pembelajaran berteraskan pelajar. Institusi ini komited untuk membantu semua pelajar mencapai potensi mereka dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pekerjaan.

MAKLUMAT PROGRAM
Diploma Kejururawatan Kolej Universiti Lincoln telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Lembaga Jururawatan Malaysia (LJM). Pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mengikuti kurikulum yang merangkumi Tingkahlaku Kesihatan dan Kejururawatan Sains (Behavioural Health and Nursing Sciences) dalam tiga (3) tahun. Pelajar akan mempunyai peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan, kerjasama antara sektor kesihatan Kerajaan dan swasta.

Pelajar jurusan Kejururawatan perlu membayar yuran pendaftaran, kos buku-buku pelajaran, pakaian seragam, liabiliti, insurans, imunisasi dan pemeriksaan fizikal. Selain itu, mereka akan menanggung perbelanjaan pengangkutan pergi balik klinik / hospital.

Staf akademik kanan sentiasa ada dan bersedia untuk berbincang dan membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar, keperluan khas, dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Tambahan pula, pemimpin pelajar dan persatuan mereka bekerja rapat dengan Kolej untuk meningkatkan perkhidmatan ini.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Sesi maklumat mengenai prasyarat, proses pendaftaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus yang lain diadakan setiap semester untuk bakal pelajar.

PELUANG KERJAYA / OBJEKTIF
Sejak kemunculan pendidikan Kejururawatan moden, profesion ini telah membangunkan laluan kerjaya sendiri, dari Diploma Kejururawatan ke PhD Kejururawatan. Peluang kerjaya adalah luas dan tanpa sempadan, dan Siswazah Jururawat mendapat permintaan di setiap benua di dunia.

Institusi ini percaya bahawa setiap orang mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, untuk memperbaiki kehidupan mereka, memajukan kerjaya mereka dan akhirnya mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Oleh itu, Lincoln percaya bahawa pembelajaran merupakan satu peluang yang tersedia sepanjang hayat untuk kemajuan seseorang, pencapaian peribadi mahupun dari aspek profesionalisme.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )