Kursus Sains Kesihatan dan Kejururawatan

 Kami menawarkan pelbagai program sarjana muda berdasarkan keputusan SPM anda. Sila rujuk informasi kursus di bawah kepada calon yang layak.

Diploma Kejururawatan

Kerja jururawat bukan sahaja menjaga pesakit, tetapi juga menawarkan nasihat dan sokongan emosi kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit.

Diploma Pembantu Perubatan

Pembantu perubatan ialah orang yang menyempurnakan tugas pentadbiran dalam pejabat doktor, hospital dan pusat kesihatan. Tugas mereka berbeza berdasarkan lokasi, spesifikasi dan saiz amalan.

Diploma Teknologi Pergigian

Pelajar akan belajar pengetahuan tentang menyusun peranti pembetulan dan penggantian kepada gigi dan tisu. Program ini membekalkan latihan teori dan teknikal dalam mereka dan membina peranti pemulihan pergigian dan peralatan reposisi gigi.

Diploma Pengamal Jabatan Operasi

Seorang pengamal jabatan operasi bekerja dalam satu kumpulan dalam bilik pembedahan dan mempunyai peranan penting dalam penjagaan fizikal dan mental pesakit.

Diploma Fisioterapi

Kerja sebagai Ahli Fisioterapi melaksanakan program pemulihan yang memaksimumkan kebolehan pergerakan, melegakan kesakitan dan merawat cabaran fizikal yang berkaitan dengan kecederaan, penyakit dan gangguan lain.

Diploma Pengimejan Perubatan

Bidang ini memerlukan anda untuk melibatkan diri dalam proses sinaran X dan radiasi. Mandaat tambahan dalam bidang pengimejan perubatan ialah dapat mendianogsis pesakit tanpa melakukan pembedahan dan secara tidak langsung membolehkan penyakit kritikal dikesan tanpa kelewatan.

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Bekerja sebagai Pembantu Makmal Perubatan dalam makmal atau pusat kesihatan. Ahli teknologi makmal perubatan tidak berinteraksi secara langsung dengan pesakit, tetapi 70 hingga 80% keputusan perubatan adalah berdasarkan ujian makmal oleh pesakit.

Diploma Kesihatan Alam Sekitar

Bekerja sebagai pembantu pegawai kesihatan alam sekitar dan menggunakan kepakaran anda untuk membangun, menyelaras, memantau, melaksana dan menguatkuasakan dasar atau undang-undang kesihatan awam.

Diploma Sains Paramedik

Paramedik adalah pasukan profesional dalam penjagaan kesihatan, terutamanya situasi di luar hospital. Paramedik bekerja sebagai pasukan perubatan kecemasan seperti ambulans.

Diploma Farmasi

Diploma Farmasi menyediakan pelajar untuk menjadi juruteknik farmasi yang berpengetahuan dalam bidang farmaseutik, kimia farmaseutik dan praktis farmasi.

Diploma in Occupational Safety and Health

Work as a Safety and Health Officer (SHO) to advise employers on safety and health measures in the company and to inspect, determine and advise on the safety of the work place.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )