Universiti Asia Metropolitan (AMU)

Gambaran Keseluruhan

Universiti Asia Metropolitan (AMU) ini ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan para graduan yang berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pasaran kini. AMU memulakan operasi pada tahun 2004 yang mana bilangan pelajar semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Kampus induk Universiti Asia Metropolitan ini terletak di Cheras manakala tiga lagi kampus cawangan terletak di Johor Bharu, Kelantan dan juga Sabah. Penubuhan kampus cawangan ini telah dianugerahkan oleh ISO 9001:2008 bagi menjalani program latihan pendidikan kejururawatan dan kesihatan.

Universiti Asia Metropolitan berhubungan baik dengan university dari negara luar seperti di China dan lain-lain. antara university tersebut ialah LiaoNing Technical University, China dan University of Aberdeen. Universiti Asia Metropolitan antara institut yang terkenal dengan program kejururawatan dan kesihatan.

Tujuan utama penubuhan institut ini adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dan mampu bekerja samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa di dalam bidang kesihatan dan juga bidang lain. Selaras dengan matlamat utama, maka fasiliti dan infrastruktur yang disediakan kepada para pelajar berada pada tahap baik di mana kemudahan tersebut dapat membantu para mahasiswa dalam proses pembelajaran tanpa menghadapi masalah yang rumit. Antara fasiliti yang disediakan termasuk dari segi sesi pembelajaran dan juga aktiviti luar bagi memenuhi kehendak mahasiswa.

Diploma Kejururawatan

Kejururawatan merupakan bidang yang profesional yang sentiasa berkembang dengan kepimpinan dan juga mempunyai potensi yang tidak terhad. Pengajian di peringkat diploma ini mengambil masa selama tiga tahun bersamaan dengan 9 semester. 9 semester ini termasuk semester khas yang akan dijalankan setiap tahun.

Untuk pengetahuan anda, diploma kejururawatan yang dtawarkan oleh AMU telah mendapat penganugerahan oleh Lembaga Jururawat, Malaysia. Selain daripada sesi pembelajaran secara teori, para mahasiswa juga diberi peluang untuk menjalani pembelajaran secara praktikal yang mana ianya akan mendedahkan para mahasiswa dengan dunia kejururawatan yang sebenar.

Para mahasiswa dibenarkan membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan praktikal di Hospital awam mahupun swasta. Sepanjang sembilan semester, para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan baru mengenai bidang ini seperti psikologi, sosiologi, nutrisi dan sebagainya. Segala sesi pembelajaran ini secara tidak langsung akan membantu anda sepanjang menjalani latihan praktikal kelak.

Syarat kemasukan ke AMU dalam bidang diploma Kejururawatan ialah dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Sains dan Matematik, lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Antara kelebihan belajar di AMU ialah institut ini mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif, mendapat pinjaman pendidikan daripada PTPTN, biasiswa bagi yang berkelayakan dan banyak lagi.

Antara kursus yang akan anda pelajari kelak ialah:

  • Anatomi dan Psikologi I
  • Kemahiran Kejururawatan
  • Pengenalan kepada pembedahan kejurawatan
  • English
  • Aplikasi Computer
  • Lain-lain

Peluang Kerjaya

  • Hospital awam atau badan berkanun
  • Penyelidik
  • Hospital peribadi/ swasta
  • Tenaga pengajar
  • Berpeluang bekerja di luar negara
  • Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Kemasukkan adalah terhad. Buat keputusan yang bijak hari ini untuk masa depan yang cerah.