Back

Soalan Lazim (FAQ)

Rujuk soalan - soalan di bawah. Jika ada soalan lain, masukkan dalam borang yang disediakan.

Nursing College Malaysia membantu para pelajar membandingkan kolej-kolej swasta di Malaysia berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti yuran pengajian, lokasi kolej, bantuan kewangan, biasiswa, pengiktirafan dsb. Kami memberikan perbandingan yang tidak berat sebelah kepada para pelajar agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat sebelum melanjutkan pelajaran ke mana-mana kolej. Nursing College Malaysia juga membantu pelajar membuat permohonan ke kolej pilihan mereka.
Anda hanya perlu mengisi borang yang ada dalam laman web kami. Kaunselor pendidikan kami akan menghubungi anda untuk menerangkan kepada anda mengenai jurusan yang boleh anda pilih berdasarkan keputusan peperiksaan.
Kaunselor pendidikan kami mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai dari kolej-kolej swasta.Kaunselor-kaunselor kami akan mengikuti perkembangan permohonan para pelajar setiap hari. Melalui cara ini, pelajar-pelajar boleh mendapatkan surat tawaran dari kolej pilihan mereka dengan lebih cepat.
Anda boleh rujuk syarat-syarat kelayakan untuk jurusan-jurusan berkenaan di laman web kami. Anda juga boleh mengisi borang pertanyaan di laman web kami dan kaunselor pendidikan kami akan menghubungi anda untuk menerangkan kepada anda syarat-syarat kelayakan jurusan tersebut.
Nursing College Malaysia tidak akan menjamin bahawa anda akan mendapat tawaran kerja sejurus tamat pengajian. Tawaran kerja akan diberikan berdasarkan kecekapan graduan. Lazimnya, graduan yang mendapat CGPA lebih daripada 2.6 akan mendapat tawaran kerja dengan mudah.
Tempoh pengambilan pelajar bergantung kepada kolej itu sendiri. Setiap kolej mempunyai tarikh serta tempoh pengambilan yang berlainan. Meskipun begitu, kebanyakan kolej mempunyai pengambilan bulan April dan Julai.
Kemudahan asrama disediakan oleh kolej itu sendiri. Kami menjamin bahawa asrama yang disediakan adalah selamat, selesa serta strategik kedudukannya.
Bantuan kewangan ada disediakan di beberapa kolej. Meskipun begitu, bantuan ini akan diberikan berdasarkan budi bicara pihak kolej. Pinjaman PTPTN boleh dimohon oleh para pelajar yang telah mendapatkan surat tawaran dari pihak kolej.
Pemberian elaun sara diri hanya diberikan oleh kolej-kolej tertentu. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami.
Sekiranya anda menyimpan hasrat untuk bekerja di Malaysia mahupun di negara asing, anda harus mendaftar ke Lembaga Kejururawatan Malaysia. Lembaga Kejururawatan Malaysia mengendalikan dua peperiksaan setahun untuk membantu dalam proses pendaftaran. Lembaga Kejururawatan Malaysia mengeluarkan “Sijil Tahunan Praktikal” (APC), satu dokumen yang amat penting yang diiktiraf oleh negara-negara Komanwel sebelum seseorang itu diambil bekerja sebagai jururawat.
Ya. Malah, permintaan jururawat lelaki di pasaran kerja semakin meningkat.

Masukkan soalan - soalan adik di sini

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan. Kami akan menjawab soalan – soalan adik dalam masa 48 jam waktu bekerja. Jangan malu bertanya.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )

Call Now ButtonCall Now!