Diploma Pengamal Jabatan Operasi

Operasi Jabatan Pelaksana kerja bekerja secara berkumpulan dalam Bilik Pembedahan dan berperanan penting dalam fizikal dan psikologi penjagaan pesakit.

Overview

Graduan diploma pengamal jabatan operasi akan bekerja bersama-sama  pasukan di dalam bilik pembedahan dan lain-lain kawasan yang memerlukan penjagaan yang kritikal. Seorang pengamal jabatan operasi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan fizikal dan psikologi pesakit, menjaga pesakit daripada semua segi keperluan penjagaan termasuk penjagaan selepas pembedahan. Mereka juga memberikan bantuan yang berkemahiran tinggi untuk pakar bedah, pakar bius dan pengamal perubatan yang lain. Pengamal jabatan operasi yang berdaftar menjanjikan piawaian yang tinggi dalam penjagaan pesakit dan sokongan mahir bersama rakan-rakan perubatan dan kejururawatan semasa fasa pembiusan, pembedahan dan semasa  tempoh pemulihan. Peranan ODP akan melibatkan penggunaan teori sehingga kepada amalan dalam pelbagai situasi klinikal.

Kursus ini menggabungkan pembelajaran akademik dan berasaskan kerja kerana ini adalah cara terbaik untuk membangunkan pelajar-pelajar yang serba lengkap untuk memenuhi keperluan majikan pada masa depan. Pelajar akan menjadi sebahagian daripada kumpulan profesional pelajar yang mempunyai peluang yang terbuka kepada mereka untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang ini. Kursus ini akan membolehkan pelajar untuk menterjemahkan falsafah penjagaan kesihatan ke dalam amalan praktikal dan menjadi pengamal yang berwibawa, selamat, bekerja dalam kumpulan pelbagai disiplin, menerima peranan pelbagai dan cakna dengan tanggungjawab profesional.

Objektif Program

Objektif program diploma pengamal jabatan operasi ialah untuk melahirkan pembantu yang mahir untuk para pakar bedah dan pakar bius dalam menjalankan prosedur pembedahan yang rumit dan kompleks. Selain itu, objektif program ini ialah untuk menggalakkan piawaian amalan fokus penjagaan pesakit di Malaysia khususnya. Penambahan tenaga mahir akan membolehkan taraf penjagaan kesihatan di Malaysia bertambah mutu dan kualitinya.

Program Pengajian

Program pengajian bagi diploma pengamal jabatan operasi berdurasi selama dua (2) hingga tiga (3) tahun bergantung kepada institusi yang dipilih. Kebiasaannya di Malaysia, program ini ialah program sepenuh masa selama tiga (3) tahun. Program ini akan menggabungkan pengajian akademik dan pengamalan klinikal kerana kedua-duanya merupakan elemen penting bagi melahirkan seorang pengamal jabatan operasi yang berwibawa.

Pelajaran dan kemahiran akademik dibangunkan melalui ceramah-ceramah berstruktur, pembelajaran berasaskan inkuiri dan penggunaan kemudahan multimedia terkini. Tumpuan pembelajaran dalam dewan kuliah adalah untuk memupuk sifat pelajar untuk bekerja sebagai sebahagian daripada satu pasukan, dan bagaimana, sebagai pengamal jabatan operasi (ODP), masuk ke dalam pasukan itu. Walau bagaimanapun, pelajar akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk belajar melalui amalan praktikal. Pelajar dapat memahami peranan yang dimainkan oleh ahli profesional yang lain, dan belajar bagaimana untuk menguruskan beban kerja klinikal mereka dengan berkesan. Pelajar juga  belajar bagaimana untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat, berkomunikasi dengan berkesan, dan menyesuaikan diri dengan situasi amalan yang berbeza.

Dalam kursus ini, pelajar akan menghabiskan 60 peratus daripada masa mereka untuk amalan praktikal yang klinikal. Pelajar akan melalui pengalaman dunia sebenar dengan pesakit untuk menggunakan dengan sepenuhnya pengetahuan teori masing-masing. Seterusnya, kelayakan pelajar boleh membawa kepada peranan atau jawatan yang lebih tinggi dalam pengurusan, pengajaran atau pengkhususan, khususnya dalam bantuan pernafasan, rawatan rapi atau kemalangan dan persekitaran kecemasan.

Sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar program ini akan mendalami bidang sains biologi, polisi kesihatan dan sosial, prinsip-prinsip penjagaan dan amalan kesihatan, teknologi jabatan operasi, sains tingkah laku, isu undang-undang, etika dan professional, serta penyelidikan dan penilaian.

Syarat Kelayakan

Syarat umum untuk melayakkan seseorang itu mengikuti program ini bagi institusi di Malaysia ialah mempunyai minimum lima (5) kepujian dalam SPM dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Am/Sains Tulen dan satu (1) matapelajaran lain. Selain itupemohon tersebut juga harus mempunyai minimum 5.5 IELTS. Syarat-syarat yang lebih khusus mungkin bergantung kepada institusi pengajian tersebut.

Prospek Kerjaya

Graduan program pengajian ini  akan mempunyai peluang untuk bekerja dalam pelbagai bidang pembedahan, termasuk dan pembedahan am dan perut; ortopedik; obstetrik; dan telinga, hidung dan tekak. Graduan juga boleh menjadi pakar perunding kesihatan, terlibat dalam pengajaran dan pendidikan kerja, penyelidikan atau pengurusan penjagaan kesihatan swasta ataupun awam. Graduan juga boleh melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana muda dan seterusnya sebagai contohnya untuk kursus sarjana muda sains paramedik dan lain-lain.

Kesimpulan

Sebagai profesion kesihatan yang agak baru,terutamaya di Malaysia, pengamal jabatan operasi mendapat permintaan yang tinggi untuk sektor awam mahupun dan sektor swasta. Walaupun graduan kebiasaanya akan bekerja dalam bidang jabatan operasi, terdapat peluang untuk pengamal jabatan operasi diambil bekerja untuk bidang-bidang lain di mana pesakit memerlukan rawatan penjagaan pada standard yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa bidang ini masih dan akan terus berkembang seiring dengan kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya penjagaan dan rawatan kesihatan pada peringkat tetinggi.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )