KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN ADVENTIST (ACNHS)

Gambaran Keseluruhan

Bidang kejururawatan ialah antara aspek penting dalam bidang kesihatan. Selaras dengan itu, Hospital Adventist Penang mula menubuhkan kolej jururawat persendiriannya pada lewat 90an bagi melatih jururawat yang profesional dan boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik dan tidak merungut dengan bebanan kerja yang berlebihan. Setakat ini, Kolej Kejururawatan & Sains Kesihatan Adventist telah berjaya melahirkan ratusan orang jururawat yang boleh berkhidmat dengan baik di hospital kerajaan mahupun swasta. Malahan, ada juga graduan yang berjaya yang mencari peluang untuk berkhidmat di luar negara dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang didapati sepanjang belajar di kolej ini.

Kolej ini ditubuhkan dengan bertujuan untuk mendidik jururawat yang berpengetahuan, kompeten dan juga penyayang. Sehingga sekarang, lebih daripada 600 orang alumni yang telah berkhidmat di dalam pelbagai jawatan penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Kolej ini yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Adventist sudah mula ditukar kepada Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist (ACNHS) pada Januari 2011.

Keperluan

ACNHS meletakkan kepentingan para pelajar kejururawatan untuk menjadi profesional dan mengelakkan diri daripada berfokus pada diri sendiri yang akan menjejaskan orang lain dan orang itu sendiri. Profesion kejururawatan memerlukan kerja berpasukan dan memberi komitmen penuh. Jururawat mesti bersabar kerana anda perlu melayan semua jenis pesakit dan ahli keluarga mereka. Anda perlu berani menghadapi situasi kecemasan seperti kemalangan.

ACNHS juga mempunyai keperluan minimum untuk pelajar kejururawatan

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan dua subjek lain
  • Lulus ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Diploma Kejururawatan

Diploma Kejururawatan di kolej ini menyediakan program pendidikan kejururawatan yang komprehensif yang membolehkan pelajar untuk memberi penjagaan holistik dalam memenuhi keperluan pesakit, keluarga, dan masyarakat. Pelajar dalam program ini memulakan pengajian mereka pada bulan Julai setiap tahun dan berterusan selama tiga tahun . Kurikulum setiap semester ini berbeza-beza berdasarkan jam yang diperlukan untuk mata pelajaran dan pengalaman klinikal semester itu. Dalam tempoh tiga tahun ini juga, para pelajar dikehendaki menjalani latihan praktikal selama satu semester. Selain daripada pembelajaran secara teori, para pelajar turut didedahkan dengan pembelajaran secara praktikal supaya para pelajar semakin mahir dalam dunia pekerjaan yang sebenar kelak. Sepanjang enam semester, para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan baru mengenai bidang ini seperti psikologi, sosiologi, nutrisi dan sebagainya. Segala sesi pembelajaran ini secara tidak langsung akan membantu anda sepanjang menjalani latihan praktikal kelak.

Sepanjang pengajian di kolej ini, para pelajar akan diberikan kemudahan fasiliti yang baik. Hal ini merangkumi suasana pembelajaran yang kondusif, kelas yang berhawa dingin, auditorium, dewan peperiksaan dan banyak lagi kemudahan lain.

Sepanjang pengajian selama tiga (3) tahun, para pelajar kejururawatan akan didedahkan dengan pelbagai kursus baru seperti:

  • Asas Sains Kejururawatan I & II
  • Sains Kejururawatan Khusus I – V ( Ginekologi & Kejururawatan Obstetrik , Kejururawatan Pediatrik , Kesihatan Mental Kejururawatan , Pengenalan kepada Penjagaan Kritikal Kejururawatan , Kejururawatan Kecemasan )
  • Kesihatan Komuniti

Pelajar dari kolej ini boleh memohon pinjaman kewangan daripada PTPTN dan organisasi kewangan yang lain. namun begitu, kolej ini turut menyediakan biasiswa kepada para pelajar yang layak. Penerima biasiswa ini akan menandatangani perjanjian dengan pihak kolej. Penerima biasiswa yang berjaya menamatkan pengajian akan berkhidmat di Hospital Adventist Penang. Untuk pengetahuan anda penerima biasiswa akan mendapat kelebihan seperti pakaian seragam dan kasut klinikal percuma, faedah perubatan dan lain-lain.

Peluang Pekerjaan

Untuk pengetahuan anda, para graduan yang belajar di kolej ini akan diberi jaminan peluang pekerjaan oleh institut ini. Oleh hal yang demikian, para graduan tidak perlu khuatir akan kemungkinan tidak mendapat pekerjaan selepas bergraduasi. Antara peluang pekerjaan anda ialah berkhidmat di Hospital Adventist Penang itu sendiri. Selain itu, anda juga perlu tahu banyak lagi peluang pekerjaan yang menanti anda seperti bertugas sebagai jururawat peribadi, jururawat di hospital awam dan swasta dan banyak lagi dalam bidang berkaitan. Oleh itu, hal ini bergantung kepada persembahan anda dalam bidang akademik dan seterusnya dalam dunia pekerjaan sebenar kelak.

Kemasukkan adalah terhad. Buat keputusan yang bijak hari ini untuk masa depan yang cerah.