Diploma Pengimejan Perubatan

This field requires you to involve in x-ray process and radiation. The added benefit of this medical imaging field is to enable diagnosis without any surgery procedures and indirectly enables critical illnesses traced immediately without any delay.

Pengenalan

Diploma Pengimejan Perubatan ini merupakan salah satu bidang yang terletak di bawah fakulti sains kesihatan. Bidang pengimejan perubatan ini lebih dikenali sebagai medical imaging dengan nama saintifiknya. Dengan kata ringkas lain, bidang ini adalah bidang yang menuntut anda bergelumang dengan proses xx-raydan radiotion. Bidang ini merupakan antara bidang separa profesional yang terdapat di negara. Diploma Pengimejan Perubatan ini menggabungkan pengetahuan ilmiah dan kemahiran praktikal sebenar di dalam makmal-makmal moden dan lengkap. Hal ini betujuan untuk melengkapkan ssserta meeeningkatkan pengalaman pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan ahli medical imaging yang berfikiran kritis. antara manfaat terbesar bidang ini ialah membolehkan diognisis dilakukan tanpa sebarang prosedur melalui pembedahan dan secara tidak langsung membolehkan penyakit kritikal seperti kanser dapat dikenal pasti dengan lebih cepat.

Persediaan

Persediaan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap individu. Tanya pada diri, adakah aku sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran? Anda perlu membuat penyelidikan dalam diri anda sendiri mengenai kemampuan, minat dan tidak lupa daripada aspek akademik. Malahan, aspek akademik merupakan aspek utama yang bakal dinilai sebelum melayakkan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengimejan Perubatan ini. Oleh kerana, bidang kimia merupakan bidang yang agak sukar dan tergolong dalam bidang yang separa profesional, maka kebanyakan IPT akan mengadakan sesi temuduga dan hanya pelajar yang berjaya pada sesi temu duga akan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Pada kebiasaannya, pelajar yang mengambil aliran sains tulen ( Kimia, Fizik, Bilogi) pada peringkat SPM. Hal yang demikian kerana bidang ini bakal melibatkan subjek-subjek Sains berikut. Sebelum anda memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, penting untuk anda ketahui akan syarat-syarat kelayakan akademik agar anda tidak tersalah memilih bidang. Dalam aspek ini, para pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian pada peringkat Diploma Pengimejan Perubatan perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya lulus SPM dengan tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan salah satu subjek Sains (Kimia, Fizik, Biologi). Namun begitu, sesetengah IPT meletakkan syarat kelayakan yang lebih tinggi yang mahukan syarat minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus SPM dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu subjek Sains. Maka di sini boleh disimpulkan bahawa setiap IPT meletakkan syarat kelayakan yang berbeza. Setelah meneliti syarat kelayakan, sudah pasti anda boleh membuat keputusan sama ada anda layak ataupun tidak untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini.

Pada kebiasaannya, pengajian peringkat diploma dalam bidang ini mengambil masa selama tiga tahun. Anda juga perlu menjalani latihan praktikal untuk satu ataupun dua semester (mengikut IPT) bagi membiasakan diri pelajar dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan mempelajari pelbagai subjek yang berkaitan dengan bidang ini. Antara subjek-subjek berikut ialah :

  • Anathomy and Physology I & II
  • Physics for Radiography I & II
  • Radiography Procedures I & II
  • Health Psychology
  • Health Science and Pharmacy in Islam
  • Patern Management in Radiography

Selain daripada subjek yang disenaraikan, banyak lagi yang akan anda pelajari. Para pelajar juga akan didedahkan dengan teknik komunikasi yang betul ketika berhadapan dengan pesakit. Meskipun subjek yang bakal anda pelajari ini kelihatan sukar, namun dengan usaha tenaga pengajar yang berpengalaman dan profesional, sudah pasti sedikit sebanyak akan memudahkan proses pembelajaran anda. Malahan, dengan latihan dalam makmal juga akan meningkatkan proses pemahaman anda terhadap sesuatu subjek itu.

Peluang Kerjayaan

Hasil gabungan pembelajaran yang komprehensif dan juga aspek praktikal di dalam Diploma Pengimejan Perubatan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada para graduan dalam industri ini. Oleh hal yang demikian, graduan program ini tidak perlu risau kerana bidang ini mempunyai masa depan yang cerah sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Selain daripada melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah, Master mahupun PhD dalam bidang Pengimejan mahupun Fizik Perubatan para graduan boleh memohon pekerjaan sebagai :

  • Juru Xx-Ray di Hospital awam mahupun swasta
  • Application Specialist
  • Jurutera Pemasaran
  • Pembantu Juru Xx-Ray
  • Tenaga Pengajar ( Master mahupun PhD)

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )