Kolej Universiti Shah Putra (UCSA)

Gambaran Keseluruhan

Kolej Universiti Shah Putra (UCSA) mula ditubuhkan pada tahun 1997 yang pada mulanya dikenali sebagai Institut Fitra. UCSA dimiliki sepenuhnya oleh Shahputra Education Sdn. Bhd sepenuhnya iaitu sebuah syarikat milik bumiputra.

Pada awal penubuhannya, institut ini menyewa dua buah bangunan 3 tingkat yang terletak di Kuantan. Bangunan ini telah membolehkan institut ini menyediakan 2 ruang bilih kuliah, 1 makmal komputer serta sebuah ruang pejabat.

Persediaan

Kolej Universiti Shah Putra merupakan institut yang semakin meningkat naik pada masa kini. Jurusan dan program yang ditawarkan kepada para pelajar ternyata mengikut kehendak pasaran. Antara jurusan yang ditawarkan ialah dalam bidang kejururawatan. Oleh kerana institut ini antara institut yang terkenal dengan kursus kejururawatan, maka ianya disyorkan kepada para pelajar untuk memohon secara alikasi dalam talian (online) ke institut ini. Hal yang demikian kerana, kemudahan yang disediakan di institut ini sangat lengkap dan seterusnya memudahkan sesi pembelajaran sepanjang pengajian.

Institut ini menyediakan pengajian di peringkat diploma dan juga ijazah sarjana dalam bidang kejururawatan. Individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan perlulah mempunyai sikap profesional dan mengelakkan sifat mementingkan diri sendiri yang kelak akan menyusahkan diri sendiri dan juga rakan sekerja. Hal yang demikian kerana, bidang kejururawatan ini menuntut anda untuk bekerja dalam satu pasukan di samping mampu memberi komitmen yang tinggi dalam apa jua pekerjaan dan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Selain daripada itu, seseorang yang berminat dalam bidang kejururawatan juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Hal yang ini kerana sabar itu perlu dalam kerjaya seorang jururawat bagi menghadapi pelbagai karenah pesakit.

Program diploma kejururawatan ini mula ditawarkan di UCSA pada tahun 2008 sejajar dengan implikasi daripada perkembangan pesat teknologi perubatan, pertambahan hospital awam dan swasta serta kekurangan tenaga jururawat yang semakin meningkat.

Tempoh pengajian dalam bidang ini ialah selama enam (6) semester dan keseluruhan struktur kursus yang ditawarkan menepati kehendak dan keperluan Lembaga Jururawat Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain daripada sesi pembelajaran secara teori, para mahasiswa juga diberi peluang untuk menjalani pembelajaran secara praktikal yang mana ianya akan mendedahkan para mahasiswa dengan dunia kejururawatan yang sebenar.

Para mahasiswa dibenarkan membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan praktikal di hospital awam mahupun swasta. Sepanjang enam semester, para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan baru mengenai bidang ini seperti psikologi, sosiologi, nutrisi dan sebagainya. Segala sesi pembelajaran ini secara tidak langsung akan membantu anda sepanjang menjalani latihan praktikal kelak.

Secara amnya, program diploma kejururawatan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang kejururawatan. Seperti institut lain, Kolej Universiti Shah Putra turut menetapkan syarat kelayakan minimum bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan. Antara syarat yang telah ditetapkan oleh UCSA ialah:

  1. Lulus SPM/SPMV dengan lima kredit termasuk Bahasa Malaysia, Matematik dan salah satu subjek Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Sains) serta mana-mana matapelajaran lain.
  2. Lulus Bahasa Inggeris
  3. Lulus Peperiksaan Perubatan
  4. Lulus temuduga yang ditetapkan

Sepanjang sesi pembelajaran di UCSA, institut ini sentiasa mengutamakan keselesaan pelajar. UCSA menyediakan bilik kuliah yang berhawa dingin, kafetaria yang selesa dan juga banyak lagi fasiliti bagi kemudahan pembelajaran para pelajar.

Sepanjang pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus kejururawatan yang mungkin baru dalam kehidupan anda. Seperti kolej-kolej lain, kolej ini turut menawarkan kursus kejururawatan yang sama. Antara kursus yang akan dipelajari sepanjang pembelajaran anda ialah:

  1. Gerontological Nursing
  2. Public Health in Nursing
  3. Care of patient with Nervous System & Endocrine System Disorders
  4. Dermatological Nursing
  5. Mental Health Nursing
  6. Opthalmological & ENT Nursing
  7. Principles of Management

Bantuan Pendidikan

Para pelajar tidak perlu khuatir akan masalah pembayaran yuran. Hal ini kerana para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini akan diberi bantuan pendidikan daripada pihak PTPTN dan juga MARA. Malahan, borang pinjaman kewangan itu akan diberi secara percuma kepada para pelajar yang memohon.

Peluang kerjaya

Disebabkan graduan daripada kolej ini sentiasa menjadi rebutan pihak hospital samada awam mahupun swasta, maka peluang pekerjaan terbuka luas. Antara peluang pekerjaan yang menanti anda ialah

  1. Bekerja di Hospital Kerajaan dan Badan Berkanun
  2. Jururawat Peribadi
  3. Tenaga Pengajar
  4. Penyelidik dalam bidang kejururawatan
  5. Berpeluang bekerja di luar negara
  6. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kumpulan pelajar yang ditempatkan di sini ialah para pelajar matrikulasi TESL UPM dan juga Matrikulasi Perakaunan UPM iaitu seramai 108 orang yang ditempatkan oleh pihak pentadbiran UPM pada Jun 1998. Setelah menyedari bahawa terdapat peningkatan pelajar tahun demi tahun maka institut yang diasaskan oleh Dato’ Dr Hj Azman bin Abd Ghanie ini mula membina tapak sendiri iaitu berpindah ke kawasan yang lebih luas iaitu di Pekan, Pahang. Serentak dengan perpindahan tersebut, institut ini ditukar nama kepada Kolej SHAH PUTRA hasil cadangan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu.

Selaras dengan visi institut ini untuk menjadi institut yang berkualiti tinggi, bertaraf antarabangsa yang melahirkan profesional cemerlang di peringkat global, maka institut ini sentiasa memastikan keperluan para pelajar sentiasa mencukupi dan seterusnya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan sistematik. Selain itu, kolej ini juga mempunyai kerjasama antarabangsa dengan Teesside University dan juga University of Hertfordshire.

Kemasukkan adalah terhad. Buat keputusan yang bijak hari ini untuk masa depan yang cerah.