Back

Kenapa NursingCollegeMalaysia ?

Hari ini, ramai pelajar keliru  akibat kebanjiran maklumat  yang diberikan oleh pihak pemasaran dari kolej atau universiti tertentu. Persoalannya di sini, adakah semuanya benar? Atau adakah sekadar inginkan keuntungan dan menang dalam persaingan mendapatkan pelajar?

Satu kajian yang baru-baru ini dijalankan ke atas pelajar yang telah pun mendaftar di dalam pelbagai bidang telah membuktikan bahawa 60 peratus pelajar merasakan mereka tidak mendapat manfat atau apa yang dijanjikan kepada mereka. Dalam kata lain, pengalaman yang dijanjikan ditolak tepi. Apakah penyelesaian kepada masalah tersebut? Adakah kita mahu diri kita tertarik kepada maklumat-maklumat yang salah dan janji-janji kosong?

Kami di sini percaya pelajar seharusnya membuat pilihan berdasarkan faktor – faktor tertentu seperti minat, keputusan SPM, kamampuan dari segi kewangan, pengiktirafan dan peluang pekerjaan di masa hadapan. Semua universiti mempunyai rekod prestasi yang baik dan terbukti dalam melahirkan graduan yang berkualiti pada ta. Jika anda mempunyai mana-mana universiti atau kolej tertentu di dalam minda, rujuklah kepada kami sebelum membuat sebarang keputusan muktamad kerana maklumat – maklumat yang kami bagi boleh membantu adik – adik untuk membuat keputusan yang tepat dari segala aspek yang harus dipertimbangkan.

Kami percaya dalam mendapatkan apa yang anda inginkan! Dan bukannya apa yang mereka janjikan.

Kami telah berjaya menempatkan lebih daripada 690 pelajar di semua universiti-universiti terkenal. Kami menyelesaikan masalah pelajar tanpa mengelirukan mereka dan memberi manfaat kepada kedua-dua pelajar dan universiti. Dalam usaha untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik, kami bekerja bersama dengan kedua-dua pihak. Pendek kata kami adalah penyelesai masalah!

Komunikasi adalah penting di dalam proses ini. Di antara kami, ibu bapa dan pelajar. Ia adalah tanggungjawab kami untuk menjaga semua aspek dalam pengendalian pelajar. Sebagai kesimpulannya atau sebagai akhir kata, anda sebagai pelajar akan mendapat kepuasan kerana yakin keputusan yang dibuat adalah tepat selepas menganalisa segala faktor yang sesuai.

55000
ENQUIRIES
60
CERTIFIED TEACHERS
2240
STUDENTS ENROLLED
215
COMPLETE COURSES

“Kami percaya setiap pelajar WAJIB mendapat maklumat yang lengkap dan terkini untuk membuat keputusan yang JITU dan TEPAT kerana ia melibatkan masa hadapan pelajar tersebut .”

Dato Irfan Bakhtiar

Matlamat Kami

Kami telah berjaya menempatkan lebih daripada 690 pelajar di semua universiti yang terkenal. Kami menyelesaikan masalah pelajar tanpa mengelirukan dan memberi manfaat kepada pelajar dan universiti. Untuk mendapatkan penyelesaian terbaik, kami bekerjasama rapat dengan kedua-dua pihak. Kesimpulannya – Kami mewujudkan ekosistem ” WIN – WIN ‘ kepada pelajar – pelajar dan pihak IPTS

Our Mission is to Help Students Enrol into a Nursing College or University in Malaysia.

Tugas Kami

Komunikasi adalah penting dalam proses ini antara kami, ibu bapa dan pelajar. Tanggungjawab kami ialah menjaga semua aspek pengendalian pelajar. Pada akhirnya, anda akan mendapat kemudahan dengan membiarkan kami melakukan tugasan selebihnya.

Bincang dengan pakar perunding kursus kami.

Dapatkan maklumat terkini dan lengkap dari segi syarat kemasukan, bantuan kewangan, yuran pendaftaran dan pengiktirafan IPTA/ IPTS sebelum membuat keputusan.

Panggilan atau WhatsApp = 0176800069 ( Miss Azni )

Call Now ButtonCall Now!