Kolej Kejururawatan Assunta

Gambaran Keseluruhan

Kolej Kejururawatan Assunta didaftarkan sebagai Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock, Hospital Assunta. Sekolah kejururawatan telah dimulakan pada tahun 1961, di premis hospital. Dari situ sekolah kejururawatan kini merupakan kolej lengkap yang memenuhi keperluan pendidikan dan latihan jururawat umtuk mempersiapkan pelajar menjadi jururawat profesional. Pengambilan pertama pelajar jururawat pada tahun 1961 kini telah mencapai Kumpulan 77. Ini bermakna kumpulan pertama pelajar jururawat kini dalam umur 70-an mereka.

Diploma Kejururawatan

Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Assunta adalah kursus sepenuh masa selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan mempelajari tentang kejururawatan dan kesihatan & tingkahlaku sains yang terdiri daripada pengetahuan dan kemahiran kejururawatan, perhubungan awam dengan manusia, komunikasi dan IT, serta pembangunan profesional dan pengurusan. Pelajar dinilai secara berterusan melalui tugasan, ujian pendek berkala, kajian kes, pembentangan dan penilaian klinikal. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran mereka melalui amalan klinikal kerana Hospital Assunta terletak bersebelahan dengan kolej.

Pelajar akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan apabila tamat kursus dan secara rasmi berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia sebagai Jururawat Berdaftar (RNs). Kelayakan ini akan membolehkan Jururawat bekerja dalam pelbagai persekitaran kawasan klinikal di hospital-hospital, pusat kesihatan masyarakat, rumah rawatan, klinik kesihatan industri, syarikat-syarikat insurans dan juga jualan & pemasaran produk penjagaan kesihatan.

  • Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke Kejururawatan Kolej Kejururawatan Assunta ialah mempunyai minat dalam bidang kejurawatan. Selain itu, pemohon lepasan SPM mestilah mempunyai kredit dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan 1 lain yang dikenakan berkaitan. Pemohon juga mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pemegang STPM juga dilayakkan untuk memohon untuk kursus ini. Pengambilan bagi kolej ini adalah pada bulan April dan Julai.

  • Biasiswa

Hospital Assunta menawarkan biasiswa terhad kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan kerjaya yang amat mencabar ini. Biasiswa ini termasuk yuran kursus penuh, seragam dan kasut, penginapan hostel di premis kolej dengan kawalan keselamatan 24 jam, perlindungan Insurans Perubatan dan elaun bulanan sehingga RM550.

Professional Certificate in Intensive Nursing Care

This is a 6 months program for continuous training and professional development for registered nurses who works in Intensive Care Unit (ICU). It is a 2 semester course for 26 weeks. It provides registered nurses with knowledge, skills and the right attitude for efficient and compatible knowledge in caring for critical patients and their family.

  • Entry requirements

Interest candidate must have current APC and minimum 1 year working experience as registered nurse in any health premises. The intake is only in February and the fees is RM 7 500 (HRDF claimable).

Kesimpulan

Graduan dari Kolej Kejururawatan Assunta mempunyai permintaan tinggi dalam bidang kejururawatan tempatan dan luar negara. Antaranya ialah Pengarah Jururawat dan Jururawat Kejururawatan. Bagi mereka yang berminat sila hubungi kami di sini.

Kolej Kejururawatan Assunta bangga dengan pengajaran holistik trurn-temurun daripada pengasas untuk pelajar jururawat, dalam memupuk sifat positif ked lam diri setiap jururawat. Sifat penyayang dan belas kasihan jururawat adalah apa yang membezakan jururawat kolej ini dengan yang lain. Mutakhir ini, Kolej Kejururawatan Assunta telah berkembang menjadi sebuah bangunan yang lengkap dengan kemudahan pengajaran yang komprehensif, bilik kajian dan rekreasi. Sebuah bangunan yang berasingan telah ditambah pada tahun 2000 untuk menampung bilangan pelajar semakin meningkat. Hospital swasta dan kerajaan telah menghantar pelajar ke sini untuk latihan.. Sejarah dan tahun pengalaman panjang benar-benar telah mengukuhkan kedudukan kolej ini di pasaran. Kolej Kejururawatan Assunta telah menjadi penanda aras kepada kolej kejururawatan yang lain dengan terus menjadi kolej latihan yang dipercayai untuk jururawat.

Kemasukkan adalah terhad. Buat keputusan yang bijak hari ini untuk masa depan yang cerah.